BismiLlahirRahmanirRahim~

Wednesday 11 November 2015

Resepi : Brownies Lapis Cheese Kukus~

BismiLlahirRahmanirRahim~

AlhamduliLlah thumma AlhamduliLlah. Dek kerana teringin makan brownies, ana pun godek2 la cari resepinya. Ni haa~ Kali ni ana cuba buat brownies lapis cheese kukus. Wahh~ Tak susah mana pun nak buat kek ni, cuma kena sabar menunggu satu lapis demi satu lapis masak ja laa kena spend time sikit.. Hheheh.. Thanks to Dr. Rai untuk kongsi resepi ni. Menjadi! AlhamduliLlah \(^_^)/



Bahan-bahan :

-Loyang 8 inci
-Kertas minyak


A) Lapisan Choc Brownies
200gm marjerin (3/4 cawan + 1 sudu besar penuh)
200gm dark chocolate/coklat masakan
170gm tepung gandum (1 1/2 cawan rata) - ayak
30gm serbuk koko (1/4 cawan rata) - ayak
170gm gula halus (1/2 cawan + 3 sudu besar rata)
4 biji telur


B) Lapisan Cheese
250gm cream cheese
60gm gula castor
25ml air
1 biji telur gred A

C) Topping Ganache
300gm coklat masakan
120ml whipping cream
1 sudu besar marjerin

D) Hiasan
Cheese Cheddar - diparut
Dark & White Chocolate Chip 

Cara-caranya :

1. Panaskan periuk kukus siap-siap.
2. Untuk lapisan choc brownies, cairkan marjerin + coklat masakan dengan menggunakan kaedah double-boiler. Kacau rata dan perlahan-lahan. *Kaedah ini untuk elakkan dari coklat kita hangus.
3. Setelah marjerin + coklat dah cair dan sebati, ketepikan seketika.
4. Dalam mixer bowl, masukkan gula + telur. Pukul sehingga kembang.
5. Kemudian, masukkan tepung + serbuk koko sedikit demi sedikit. *masa ni kacau guna whisk/spatula/senduk je tau.
6. Pastikan adunan tadi rata, sebati dan tidak berketul-ketul.
7. Seterusnya, masukkan choc + marjerin yang dah dicairkan tadi.
8. Kacau hingga sebati.
9. Griskan loyang dengan marjerin dan alaskan dengan kertas minyak.
10. Tuang separuh adunan tadi ke dalam loyang. Tutup loyang dengan aluminium foil bagi mengelakkan air menitis ke atas kek.
11. Kukus selama 15 minit.


12. Sementara tunggu lapisan pertama masak, kita buat lapisan cheese pulak.
13. Masukkan semua bahan kecuali telur ke dalam mixer bowl.
14. Pukul sehingga adunan kembang.
15. Kemudian masukkan telur dan pukul sekejap sehingga rata.
16. Tuangkan adunan cheese tadi ke atas lapisan brownies yang sudah masak.
17. Kukus selama 20 minit.


18. Selepas lapisan cheese dah mask, tuangkan baki adunan brownies ke dalam loyang.
19. Kukus lagi selama 20 minit / sehingga masak.
20. Tutup permukaan dengan aluminium foil tau dan bila dah masak, sejukkan kek pada suhu bilik.


21. Selepas kek dah sejuk, jom kita buat topping Ganache pulak.
22. Cairkan semua bahan-bahan dengan kaedah double-boiler.
23. Kacau sehingga menjadi likat dan licin.
24. Setelah ia suam-suam, tuangkan ganache ke atas brownies.
25. Biarkan ia meleleh semula jadi dan hiaskan mengikut kreativiti anda.


Yeayhh!! Dah siap~


Yummyy... Selamat mencuba! Salam mahabbah~

Monday 9 November 2015

Sebiru Langit Ilahi~

BismiLlahirRahmanirRahim~




SEBIRU LANGIT ILAHI..


Ku renungi langit Ilahi,
Tinggi dan jauh dari diri,
Langitnya tenang membiru,
Awannya suci memutih.

Di kala resah,
Langit inilah yang menenangkan,
Memberikanku nafas baru,
Dan semangat dan ketabahan.

Kerana ku tahu,
Bahawa Tuhan itu,
Berada dekat di samping ku,
Bersama ku tiap ketika.

Berjuanglah demi Tuhan,
Walau jatuh tujuh kali,
Tapi bangkitlah,
Untuk kali ke lapan.

Langkah yang di susun,
Mulakan dengan nama Tuhan,
Tuhan sekalian alam,
Semoga Dia berkati perjuangan ini.



|Lembah Pantai, 26 Julai 2015 : 4.38 ptg|



Jom kita amalkan dua doa kat bawah ni :)



Wallahua'lam. Salam perjuangan~