BismiLlahirRahmanirRahim~

Monday, 19 October 2015

Hari Keusahawanan : i-FEST 3.0

BismiLlahirRahmanirRahim~

Assalamualaikum semua. Setelah sekian lama menyepi, kini jari kembali menari di atas papan kekunci lappy. Rindu nak menulis. Ngee~

Haa.. Entri kali ni ana nak wara-warakan akan satu program yang julung-julung kali dianjurkan di IPG Kampus Bahasa Melayu, iaitu ...........

~ HARI KEUSAHAWANAN : i-FEST 3.0 ~


"Anda masih ingat i-FEST IPG KBM yang diadakan pada tahun 2013 & 2014?? Kini pada tahun 2015 memperkenalkan i-FEST 3.0 muncul kembali dengan lebih dikenali sebagai HARI KEUSAHAWANAN IPG KBM 2015!! Pelbagai aktiviti dan gerai jualan yang menarik mananti anda! Tandakan siap-siap kalendar anda 23 Oktober2015 ya!"


Antara aktiviti yang terdapat pada hari i-FEST 3.0 :

- Gerai Jualan (Makanan, Minuman, Pakaian, Tudung dll)
- Jumble Sale
- Car Wash
- Karaoke
- Busking
- Rumah Hantu
- Photo Booth
- Indoor Games
- Kempen Derma Darah

Jom hantar kereta anda di sini, kami bersihkan sampai berkilat <3

Wahhhh~ Jualan BAJU i-FEST dan Button Badge pun adaaa :D

#FAKTAiFEST :  Tahukah anda? Anda boleh menjemput semua ahli keluarga anda! Pakcik, Makcik, Adik, Kakak, Anak-anak, Suami Isteri dan semuaaaa orang!!

Marilah datang beramai-ramai ke i-FEST 3.0! Kehadiran anda semua amatlah dihargai dan dapat memeriahkan HARI KEUSAHAWANAN IPGKBM yang julung-julung kali diadakan ini~

Kami tunggu kehadiran anda semua <3

Lots of LOVE (^^,)

Pstttt... Nanti entri seterusnya ana akan update tentang gerai kelas dan #AnasofeaCollection pulak ya :')

~Salam Kasih Sayang~
Post a Comment