BismiLlahirRahmanirRahim~

Sunday 12 April 2015

BIG Fasa III : Kunjungan Kasih Ke Zoo Negara


BismiLlahirRahmanirRahim~


AlhamduliLlah. Selesai sudah Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa III kami, PISMP 3A, IPG Kampus Bahasa Melayu yang diadakan di Zoo Negara pada 12 April 2015. Kunjungan kami ini turut disertai oleh mentor kami iaitu Datin Padlon, selaku penilai dan juga Pensyarah Unit Kokurikulum, Encik Mustafa Kamal. Program ini mendapat kerjasama daripada Unit Education di Zoo Negara. Bayaran untuk masuk sebagai volunteer ialah hanya sebanyak RM10 sahaja.

Adik-beradik Sejarah~

Kami bertolak dari institut pada jam 7.15 pagi dan sampai di zoo pada jam 7.50 pagi. Sebaik sahaja kami sampai di sana, satu taklimat diadakan untuk memberitahu skop kerja kami di sana dan diagihkan kepada beberapa kumpulan. Ana sekumpulan dengan Suraina, Faiz dan juga Frederic. Dan tempat bertugas kami ialah di kawasan larangan~!! Hanya orang-orang tertentu sahaja yang dapat masuk di situ. Staff-staff yang bertugas kat kawasan ni pun macam serius dan tegas je muka sorang-sorang. Hhuhu T.T

Pintu pagar kawasan larangan~
Kerja pertama ana dan Suraina ialah menyapu sampah seperti daun-daun kering dan seangkatan dengannya di dalam kawasan tersebut. Luas jugaklah kawasan tu sampai tangan jadi semakin berotot, bukti kami gigih menyapu. Hhaha :P

Manakala, Faiz dan Fred pula membersihkan sangkar besar haiwan-haiwan di situ seperti kumpulan unggas, memerang dan binturong. Mereka lagi bekerja kuat sebab baju siap boleh perah peluh. **Good Job**

Tugasan yang seterusnya, ana dan Suraina menyediakan makanan kepada haiwan-haiwan seperti mengupas pisang dan buah-buahan yang lain di dalam bekas-bekas yang disediakan. Dan pada jam 10 pagi, kami dibenarkan untuk berehat sehingga jam 10.40 pagi.

Selepas rehat, baru bertambah tenaga nak bekerja semula~!!
Teammates (",)

Seterusnya, tugas kami bersambung dengan mengangkat sangkar kosong untuk dimasukkan dengan burung merpati untuk persembahan yang akan dimulakan pada jam 11 pagi di “Zoo Negara : Show Amphitheatre”. Supervisor memberi peluang kepada kami untuk menonton pertunjukan haiwan, boleh ambil video dan ambil gambar katanya serta meminta kami kembali semula ke kawasan larangan seusai pertunjukan tamat.

Datin Padlon, Suraina, Faiz, Fred, kak Ira, Kamil, Elin, Mak Minah, Panda :D
Masa pertunjukan inilah yang kami baru dapat mengeluarkan telefon bimbit untuk bergambar sebab masa bertugas tu memang tak sempat langsung lah nak ambil gambar. Dan dah memang kena pesan pun awal-awal sebelum memulakan tugas untuk meminimumkan penggunaan telefon bimbit.

Pertunjukan oleh Anjing Laut~

Pertunjukan burung2 dan binturong~

Sebelum pertunjukan berlangsung, kami sempat bergambar dengan maskot panda dengan Datin Padlon yang turut sama menonton pertunjukan tersebut. Ada sorang budak kecil ni duk jalan-jalan kat tepi ana, ana pun panggil la dia. Ehh.. baiknya.. berani.. tak takut orang.. Hhehe. Abang dia datang nak ambil dia, tapi dia tak nak ikut sampai buat muka tak puas hati muka sebab adik duduk dengan orang lain. Hhaha.. Sampaikan dua kali datang kat ana.. Mehh jadi adik ana nak?? Hhehe (“,)

Nama saya Muhammad Kamil.. (",)

Zoo Negara : Show Amphitheatre :D
Sebaik sahaja pertunjukan berakhir, kerja terakhir kami ialah membersih dan mengelap cermin kolam daripada lumut. Masa ni staff yang bernama Qayyum yang observe kami. Daaannn dia yang suruh kami ambil gambar masa Faiz dan Fred buat kerja selepas ana dan Suraina siap kerja kami. Pheww... Kalau kat kawasan larangan tu, nak keluarkan telefon nak ambil gambar pun tak sempat sebab kerja penat jugak laa dalam tu. Patutlaa orang-orang kat bahagian ni agak serius sikit muka depa, tambah pulak sebab uruskan bahagian haiwan untuk pertunjukan kann.. Mestilah kena jaga betul-betul sebab haiwan pertunjukan kena laa jaga dengan rapi demi pastikan kesihatan haiwan dan kebersihan kawasan tu.

Gigih~!!
Dan pada jam 12.30 tengah hari, kami berempat berjaya menyelesaikan tugasan kami di kawasan larangan yang menempatkan haiwan-haiwan untuk pertunjukan di Zoo Negara. AlhamduliLlah~!!

Encik Fikri (Pihak Unit Education Zoo Negara) - Encik Mustafa - Datin Padlon
Akhir sekali, majlis perasmian penutupan BIG didakan secara ringkas di hadapan bilik unit education Zoo Negara. Terima kasih banyak-banyak kepada pihak zoo kerana sudi memberi kerjasama kepada kami dan sudi menerima kunjungan kasih daripada kami. Moga dapat berkhidmat lagi kepada al-an’am di sini khususnya dan juga kepada Zoo Negara amnya. Insya-Allah..

Dia tanya anjing laut tu, "Ikan yang dimakan tadi, simpan kat mana?"
Pastu anjing laut tu tepuk2 perut dia dengan tangan...
Waa..SubhanaLlah..Bijak je haiwan ni dilatih
dan dapat patuh pada arahan tuan dia dengan izin Tuhan :)
Opss.. Lupa nak nak kenalkan supervisor yang mula-mula bawa kami ke kawasan larangan tu nama dia Firdaus aka Daus. Cerita belakang tabir ana sekumpulan, kita simpan je la ya.. Aherher...

"Bahagia bukan bererti memiliki semua yang kita cintai, 
tetapi bahagia itu adalah mencintai semua yang kita miliki."

Keluarga Sejarah Ambilan Januari 2014~

AlhamduliLlah 'ala kulli hal. AstaghfiruLlah 'ala kulli zanbi.. 
SubhanaLlahi wabihamdihi, SubhanaLlahil'azim~

Salam kasih sayang <3


Malam Kesenian Silat Melayu 2015


BismiLlahirRahmanirRahim~

Kelat bukan sebarang kelat,
Kelat mengkudu ada khasiatnya;
Silat bukan sebarang silat,
Silat Melayu kaya falsafahnya.


AlhamduliLlah. Selesai demo gabungan antara pasukan Bonda Srikandi Nurhijrah dari Silat Combat Satukan, pasukan Cikgu Tuah dari Seni Silat Harimau Gayong dan Persatuan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia (Gelanggang Indera Bentara & UniRazak) di Malam Kesenian Silat Melayu, yang diadakan di Pinggiran Batu Caves, Gombak, Selangor semalam (11 April 2015).

Bersama Bonda Srikandi Nurhijrah dan Kasih~

Majlis ini dirasmikan oleh YB Senator Datuk Hj. Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin yang turut dihadiri oleh YAM Raja Shu’ibah Idris (KuEss).

Sebanyak 13 demo silat daripada pelbagai jenis persatuan di Malaysia yang membuat persembahan. Maka izharlah bahawa perbezaan berlainan persatuan itu tidak meregangkan hubungan silaturahim kerana kita masih bersatu dengan berpegang kepada kalimah ‘La ilaha illaLlah’ dan silat itu sendiri adalah SILATturrahim~

Semua pakat bergambar dengan Kasih, Srikandi cilik :)
Silat bukan hanya sekadar pergerakan fizikal semata-mata, bahkan tetapi ia juga mementingkan ketaatan, kepatuhan kita kepada Tuhan Yang Maha Esa. Melalui silat jugalah kita dapat belajar mendisiplinkan diri kita. Insya-Allah..

Tahniah dan terima kasih kepada penganjur iaitu Pertubuhan Alif Ba Ta Malaysia yang yang berjaya mengadakan majlis gilang-gemilang ini dalam usaha untuk terus memartabatkan seni kebudayaan Melayu.

Keluarga Indera Bentara~
Kisah perjalanan kami semalam ialah kami menuju ke UniRazak untuk berlatih demo pada pukul 6 petang dan kemudian kami terus menuju ke masjid untuk menunaikan solat fardhu maghrib dan seterusnya mengisi perut kami dengan char kuey toew, air kelapa dan cendol tapai. First time ana makan cendol tapai tu. Not bad rasa dia.. Okey laa.. Sedap.. AlhamduliLlah.. :D

Moga kita menjadi Srikandi agama dan bangsa~!! Insya-Allah...

Demo kami dimulakan oleh pasukan Bonda Srikandi Nurhijrah dari Silat Combat Satukan, pasukan Cikgu Tuah dari Seni Silat Harimau Gayong. Seterusnya, demo kami PSSPGM diketuai oleh Cikgu Khalim yang disertai oleh ana bersama kak Muja, kak Cecile dan kak Mahirah membuat gerakan tari teratai. Manakala pasukan UniRazak yang diketuai oleh Alqiff bersama-sama rakan-rakan seGayong membuat pergerakan anak harimau dan juga tempur tangan kosong. **Kepada Aiman Amanda : Terima kasih dik jadi photographer..Hhehe (",) 

Senyum itu sedekah :)
Tahniah dan terima kasih kepada semua dalam usaha kita bersama-sama menjayakan demo gabungan ini. Diharapkan agar selepas ini dapat lagi kita berkolaborasi bersama. Insya-Allah.. Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada Cikgu Mazri yang sponsor kami tengkolok dan sampin yang cantik ni. Terima kasih cikgu~!!

Salam kasih sayang satu persilatan~

Monday 6 April 2015

Setelah Sekian Lama Menyepi...

BismiLlahirRahmanirRahim~

Diam.
Diam itu tidak bermaksud terus menyepi tanpa sebarang berita.
Diam itu pasti bersebab dan kerna sebab-sebab tertentulah 
yang membuatkan blog ini sudah sekian lama sepi tanpa cerita.

Sepi.
Sepi bukan bererti hilang,
Diam bukan bererti lupa,
Jauh bukan bererti putus,
Kerna di antara kita,
Ada satu ikatan yang tidak mudah dilupakan,
Iaitu PERSAHABATAN.....

Kini.
Kini jari-jemari kembali menari semula pada papan kekunci.
Kini, salam bertemu kembali ku hulurkan pada pembaca setia. #Cehh..Ada ke? :P
Kini, kan ku coretkan kisah-kisah yang berlaku dalam kehidupanku di bumi Tuhan ini.
Kini, kasih akan bertaut kembali yang memberikan 
haruman bebunga yang mekar mewangi.

Moga Tuhan berkati aku dan kamu semua dengan
rahmat kasih sayang-Nya yang tidak terbatas.

Moga tiap coretan yang tercatat menjadi sesuatu yang baik dan bermanfaat
untuk diri sendiri dan kalian semua.

Pantai Kemasik, Terengganu.
Salam sayang. <3