BismiLlahirRahmanirRahim~

Friday 9 January 2015

Kisah Babysitter~

BismiLlahirRahmanirRahim~

AlhamduliLlah.. Cuti akhir tahun sudah pun berlalu. Walau hampir sebulan setengah bercuti di kampung, namun pabila tiba harinya perlu berangkat bermusafir kembali ke bumi KL, ku berasa macam ..... Hmm.. Abah cakap, “Amboi akak.. Dah lama bercuti pun nak mengehek-ehek bila nak habis cuti.. Tak puas lagi ke?” Hhaha.. Abah dah masak dengan perangai anak abah yang sorang ni kann.. Hhihi.. Entahlaa.. Ku rasakan semacam kurang bersedia nak menghadapi semester baru yang akan menjelang ni. Aci tak kalau ana pergi ke KL, tapi hati ana tinggalkan di Kuala Terengganu?? Aci tak? Hhuhu..

Okeylaa.. Berbalik kepada tajuk entri kali ni : 
“Kisah Babysitter~”


Ehemm.. Untuk dua minggu akhir cuti ni, dua orang anak Syurga yang bernama Wan Nia Qaisara Al-Jannah dan juga Wan Dhia Qaleesya Al-Jannah tinggal di rumah nenek. Bermulanya kisah pabila Anjang, iaitu mak saudaraku meminta pertolongan untuk membawa Dhia ke Klinik Desa untuk mendapatkan suntikan 18 bulan. Hal ini kerana beliau sudah kehabisan cuti daripada waktu bekerja. Maka, ana bersiap-siap dan membawa dua beradik tu ke klinik. Haa.. Dapat pengalaman baru pergi Klinik Desa pabila semua yang ada di situ adalah daripada kalangan mak-mak orang. Hhaha.. Mujurlah Dhia tak melarat tangisnya setelah disuntik.

Sejak hari itu, hampir setiap hari ana ke rumah nenek dan berjumpa dengan Nia dan Dhia. Sampaikan kalau bunyi je kereta atau motor, terus si Nia dan Dhia meluru ke pintu, dan memanggil : “ Kak Ngahhh~!!” Hhehe.. Gembira bebenor budak dua orang ni. Ana apa lagi, angkutlah si comel dua orang ni balik rumah. Waktu petang, adik bongsu bermain dengan dua beradik ni di halaman rumah. Wahh.. AlhamduliLlah.. Suka tengok depa riang ria begini..


Nia pulak, dah dua kali dia teman ana pergi ke Bustand KT untuk ambil stok tudung baru. Siap berkawan lagi dengan kakak dan abang kedai. Hhihi.. Pantang kalau pergi kedai alat tulis, jumpa je peralatan yang ada gambar Princess, habislaa.. “Kak Ngah... Nia nak tu.. Nak yang tuu..” Nahh.. Satu set peralatan alat tulis Princess selamat dibelinya. Hee..


Setiap kali dengar azan berkumandang, pandai je Nia ambil wudhu’, pastu ikut Kak Ngah solat. Haa.. Teringat satu hadis Nabi yang mengatakan bahawa anak-anak ni ibarat kain putih. Ibu bapa dan orang terdekatlah yang mencorakkannya. Peribahasa Melayu pun ada menyebut, ‘Melentur buluh, biarlah dari rebungnya.’ Hati dan jiwa anak-anak kecil ni suci sebab tak dicemari dengan debu-debu dosa lagi, tak macam kita yang dah meningkat usia. Allahu~ Moga anak-anak ini membesar menjadi hamba Allah yang soleh.. Ameen...

Hujung minggu lepas, ana katakan pada Nia :
“Nia, Kak Ngah cuti sampai Sabtu depan je.”
“Kak Ngah gi bila KL? Nia nak ikut..Hee...”


Haa.. Pandai laa dia ni acah-acah cakap macam tu.. Padahal kalau malam-malam mesti cari ummi.. Hhaha.. Ayat Nia boleh buat Kak Ngah sedih je..Hhuhu.. Kak Ngah pasti akan merindukan telatah Nia dan Adik Dhia nanti.. Wuuu.. Sabar nehh.. Cuti raya cina nanti Kak Ngah balik semula Ganu, insya-Allah.


UhibbukumfiLlah ila Jannah <3

***Esok akan bermula perjalanan permusafiran ke bumi KL untuk memulakan semester 3, Tahun kedua. Tambah tolak waktu belajar, masih ada lagi 3 tahun untuk ku harungi. Ada yang berpesan : "Takpa, 3 tahun ni tak lama mana pun pabila kita ada kerja buat kat IPG, maka sekejap je eyh. Nak-nak bila masuk tahun praktikal..Tahun depannn.."

Okey, dapat kata-kata semangat ni AlhamduliLlah dahh. Hhehe.. 
Moga Allah memudahkan urusan beliau untuk pengajian tahun akhir ni.. 
Bi idzniLlah..

Wallahua'lam. Salam mahabbah <3

Tuesday 6 January 2015

Kisah Nak Jadi Solehah

BismiLlahirRahmanirRahim~
.......
Beep..Beep.. Satu mesej masuk ke dalam inbox.
"Abang! Titew nak jadiw sowlehah! Ajar!"
Wallawei budak ni. Terompahkan jugak karang. Eyy Eyy. Terkezut abg bikai.
Abang bz ni. Banyak kerja lagi nak buat ni. Nak praktis jadi bilal muda lagi.

Okay, adik jadi macam pokok durian. Buah durian maksud abg.
1. Nak dipetik, tak boleh. Kena tunggu gugur dulu. Maksudnya, tunggu izin wali dulu kalu ada orang nak pun.
2. Nak disentuh, tak boleh. Duri tajam. Nak sentuh, boleh. Bayar dulu mas kahwin, akad nikah siap-siap. Mana boleh makan durian free-free. Bayar dululah nak musang king pun. Amboi, semua nak free buat kebun sendiri tunggu 10 tahun baru berbuahlah.
3. Nak dilukai, tak boleh. Kulit tebal tu. Kena guna parang atau kapak. Maksudnya, pakaian tu kasi betulkan kasi betul-betul full protection. Pakaian nipis-nipis bahaya beb. Mata lelaki-lelaki jahat macam jarum dan pisau menoreh. Zap-zap toreh terus nampak. Tak baik begitu.



4. Biar berlumut buruk di luar, tapi di dalam isi manis. Macam tu lah jugak kamu. Nampak tak cantik, tak vogue di luar. Tapi, dalam hati baik gila. Semayang tak tinggal. Hormat mak bapak. Mak suruh masak nasi goreng, angguk dan patuh muka senyum tade masam. Apesal abang cakap macam Padayappa ni tunggang langgang?
5. Buah yang baik, isi baik. Durian yang sedap tu, tinggal biji je makan. Biji durian tu boleh tanam balik. Maksudnya, baik awak tu, boleh buat baka. Ada iman, ada senyuman. Alhamdulillah, kalau awak baik, insya-Allah anak-anak kelak juga baik sebab awak boleh didik mereka dan jadi guru pertama mereka.



Koh koh koh..
Ok itu aje. Tanya orang lain la plak. Durian, durian juga, tembikai jangan lupa beli.

**Sharing post daripada Encik Sederhana (^^,)

...........

Nice analogy.

Wanita, guru pertama anak-anak. Maka, jadilah yang terbaik untuk mendapatkan yang baik-baik. 

Nawaitu liLlahi ta’ala. Moga Allah redha. BarakaLlahu’alaina <3

Saturday 3 January 2015

Ilmu wudhu'

BismiLlahirRahmanirRahim~

Pak imam dan pak bilal memerhatikan aku berwudhu'.


Selesai. Selepas tiga kali ditegur pak imam dan pak bilal. Mereka suruh ratakan air. Perlahan-lahan jangan gopoh. Air jangan buka kuat sangat. Bahagian yang wajib mesti make sure. Bahagian yang sunat buatlah, jangan tinggal. Semua itu cahaya di akhirat.

Pak imam tanya aku,
"Kau tahu kenapa kami tegur kau sampai banyak kali kau berwudhu'?"

Aku geleng. Pak imam jawab,
"Disebut dalam hadis, "Doa adalah kunci rahmat, wudhu' adalah kunci solat dan solat adalah kunci Syurga.""

"Jadi, selagi kau tak perkemaskan wudhu' kau, selama-lamanya solat kau akan terkunci. Ibarat kau beli motor, tapi tak boleh nak start. So, apa guna motor tu?"

"Ada riwayat mengatakan, Sayyidina Ali r.a. setiap kali berwudhu', wajahnya jadi pucat. Bila ditanya kenapa, dijawabnya, "Sedarkah kamu semua, kelak nanti di hadapan siapakah aku akan berdiri?" Pastinya di hadapan Allah. Andai di hadapan Perdana Menteri pun kita pakai bersih, wangi dan style. Inikan pula depan Allah? Pastinya perlu sangat suci dalam wudhu'."

Aku terangguk-angguk dengar penjelasan pak imam.

Pak bilal mencelah,
"Tahukah kau, ada riwayat mengatakan, di wajah Sayyidina Umar al-Khattab ada dua garisan hitam bekas aliran air mata tangisnya."

Aku terkedu,
"Biar betik?!"

Pak bilal menyambung,
"Wallahu'alam benar atau tidak. Namun jika benar, jadi kau bayangkanlah kau ambil wudhu' ini adalah kerana langkah pertama seusai wudhu'mu, adalah untuk berjumpa Tuhanmu.
Bayangkan kau sekarang sudah di akhirat. Kau tidak punya apa. Hanya kau dan amalan kau. Di depan kau ada Allah dengan Syurga dan Neraka.
Seolah-olah esok nak raya aidilfitri, tapi kau tak punya apa-apa. Tak ada duit langsung, tak mampu langsung beli baju raya, biskut raya. Kau zero di hari raya. Kau lihat orang lain bergembira. Tapi, kau?
Kau bayangkan saja, orang-orang lain Allah berikan keizinan masuk Syurga. "Masuklah, masuklah, masuklah." Tapi, tiba giliran kau, "Syurga diharamkan dari kau sehinggalah seluruh dosa kau terhapus!"

Maka, pada waktu tu, apa perasaan kau?"

Aku terkedu kali kedua.
Lantas memalingkan wajahku ke paip. Berderaian air mata. Patutlah Umar menangis.
Pak imam dan pak bilal pun berpaling ke paip. Mencuci muka.
Padahal mereka pun sama. Berlinang air mata.
Selama ini, tidak pernah ku sangka wudhu' mampu menyentuh jiwa.
Oh! Wudhu'. Rupanya kau ada seribu rahasia.

**JazakaLlah Encik Sederhana atas perkongsian ilmu tentang ilmu wudhu’ ni.

Moga kita semua dapat perhalusi lagi cara kita berwudhu’ agar lebih bertertib dan sempurna. Insya-Allah. Salam mahabbah. <3