BismiLlahirRahmanirRahim~

Sunday 27 July 2014

Resepi : Moist Chocolate Cake~

BismiLlahirRahmanirRahim~


Kek Coklat. Menjadi kegemaran orang ramai. 
Haa... Hari ni, ana nak kongsikan resepi kek coklat lembap. 
Boleh hidangkan pada tetamu yang datang bertandang ke rumah nanti.
Hhehe. Bahan-bahan pun mudah saja nak dapat dan mudah je caranya. J


Bahan-bahan :




·         Bahan A (diayak)
-          2 cawan tepung gandum
-          1 cawan serbuk koko
-          1 sudu teh baking powder
-          1 sudu teh soda bikarbonat







·       

  Bahan B
-          2 biji telur
-          1 cawan susu cair ideal
-          1 cawan minyak jagung
-          1 cawan air panas
-          2 cawan gula





·         Bahan C (topping)
-          1 bar coklat masakan
-          4 sudu butter
-          1 sudu gula halus
-          Sedikit esen vanila
-          Coklat rice / Coklat chips / badam cincang (hiasan)


Cara-cara :

1.    Pukul telur sehingga kembang.
2.    Masukkan air panas + gula. (kacau sehingga sebati & jangan lama sangat kacau)
3.    Tambah susu cair + minyak jagung.
4.    Perlahankan mixer.
5.    Masukkan Bahan A sedikit demi sedikit sehingga habis.
6.    Kukus lebih kurang 1 jam.
7.    Apabila kek sudah masak, biarkan kek sejuk terlebih dahulu.
8.    Semua bahan untuk topping dimasak secara double boiler.
9.    Hias ikut kreativiti masing-masing.

**Projek Cuti Mac 2014**

**Projek Cuti Mei 2014**
(No topping coz no choc bar on that tyme)


Marvelous~ Selamat Mencuba!!
Selamat berperang di dapur ye adik kakak \(^_^)/

Doa Akhir Ramadhan~

Muhasabah~


BismiLlahirRahmanirRahim~

Ya Allah...
Janganlah Engkau jadikan puasa ini sebagai puasa yang terakhir dalam hidup kami.
Seandainya Engkau menetapkan sebaliknya,
maka jadikanlah puasa kami ini sebagai puasa yang dirahmati,
bukan puasa yang sia-sia.

Seandainya masih ada pada kami dosa yang belum Engkau ampuni,
dan dosa yang menyebabkan kami diseksa kerananya,
sehingga terbitnya fajar malam ini atau sehingga berlalunya bulan ini,
maka ampunilah semuanya, Wahai Yang Paling Pengasih dari semua yang mengasihi.

Ya Allah...
Terimalah puasa kami dengan sebaik-baik penerimaan,
perkenanlah kemaafan, kemurahan, pengampunan dan keredhaan-Mu.
Sehingga engkau memenangkan kami dengan segala kebaikan yang dituntut,
segala anugerah yang engkau curahkan di bulan ini.

Selamatkan kami di dalamnya daripada kebimbangan,
terhadap bencana yang mengancam dan dosa yang berterusan.
Demikian jua dengan rahmat-Mu,
golongkan kami ke dalam golongan orang-orang yang mendapatkan keutamaan di malam al-Qadar.
Malam yang Engkau tetapkan lebih baik dari seribu bulan.

Semoga perpisahan kami dengan Ramadhan ini bukanlah perpisahan untuk selamanya,
dan bukan juga pertemuan terakhir kami.
Moga kami dapat kembali bertemu pada Ramadhan mendatang,
dalam keadaan penuh harapan dan kesejahteraan.

InsyaAllah. Allahumma ameen~

Tidak lupa juga untuk kita sama-sama sentiasa mengalunkan doa Qunut Nazilah untuk saudara-saudara se-Islam kita di Gaza, Palestin; Mesir, Syria, fi kulli makann wa fii kulli zamann.


-----------

"Sesiapa yang beramal kerana Ramadhan,
dia sememangnya akan ditinggalkan.

Beruntunglah yang beramal kerana Allah,
Tarbiyah Ramadhan akan mengikutnya sampai akhir."

|Bidadari Besi|

Moga bertemu lagi pada 1436H. InsyaAllah :) 

 Wallahua'lam. Salam akhir Ramadhan 1435H~

Lebaran di Perantauan~

BismiLlahirRahmanirRahim~

AlhamduliLlah thumma alhamduliLlah. 
Setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan kepada Rabb Yang Maha Penyayang kerana masih memberikan kita ruang dan peluang untuk berada dalam hari yang terakhir Ramadhan 1435H pada hari ini. 

Semoga segala amal ibadah kita sepanjang bulan barakah ini diterima Allah dan dapat bertemu lagi dengan bulan Ramadhan 1436H, 11 bulan akan datang. InsyaAllah.


Masuk sahaja azan maghrib pada hari ini, maka akan bergemalah takbir raya
Biarlah nanti kita takbir dalam keadaan takbir kita sebut tu sebagai lafaz kemenangan

Kemenangan dalam bulan Ramadhan yang kita berjaya bukan sekadar menahan nafsu, tapi juga melatih nafsu kita. 

Supaya keluar dari bulan ni, nafsu kita dah terlatih dan yang cuma tinggal untuk kita hadapi adalah syaitan yang dah dilepaskan.


Dan apabila kita jatuh, bukan bermakna selamanya kita jatuh.
Naik dan bangun lagi.

Moga kita manfaatkan setiap detik yang berbaki.
Setiap detik.


Andai ini Ramadhan terakhir kita, moga dalam redha-Nya.
Kerana selamanya hidup ini untuk mencari cinta Dia.

Yang dah berlalu takkan mampu diulang lagi.
Andai diizinkan Tuhan untuk bernyawa lagi esok hari, berusahalah sepenuh hati.

Jangan jadi orang yang rugi.

Na’uzubiLlahi minzaalik.


“Ya Allah! Sesungguhnya Dikaulah Maha Pengampun, Maha Pemurah lagi suka mengampun.
Maka ampunilah dan lindungilah diriku serta keluargaku.”
Ameen Ya Rabb.


.................................

Mengimbau kisah tahun lepas.
1 Syawal 1434H.
Ada sorang budak tu nangis selepas bersalaman dengan umi abah along angah adik.

Sebab...

Sedih bila terkenangkan ‘tahun hadapan’ akan beraya jauh daripada kami, di bumi musafir Jordan. 
Kisah musafir seorang tobibah. Bakal doktor.

Izzatul Athirah binti Shafiai gerangan empunya diri.

Acik, panggilan dalam keluarga.

Dulu tersangatlah manja sebab dah lama jadi ‘bongsu tak jadi’ iaitu selama 8 tahun. Hhehe. 
**Jangan marah yer baby :P

1 Syawal 1434H~

Tapi sekarang, sepanjang permusafiran bergelar pelajar di perantauan, tiap pengalaman dan ilmu dikutip semakin hari, semakin mendewasakan diri.

Ya. Bukan mudah nak hadapi tiap hari berjauhan daripada keluarga. 
Ana sekalipun hanya berada di Ibu Kota Kuala Lumpur, tetap berasa terkadangnya ‘homesick’ yang menyerang jiwa dan hati nurani. 

Fuhh~ 

Terasa nak terbang terus ke Negeri Pesisir Pantai yang sekian lama bertakhta di hati.


Ni baru je kita teringat akan kampung kelahiran kita. 
Bagaimana pula dengan ‘kampung halaman asal usul kita’ sejak daripada zaman ayahanda kita, Nabi Adam dan ibunda Hawa iaitu SYURGA

Allahu~ 

Pantas yang selayaknya lagi-lagilah terasa rindu ingin pulang ke sana. 
Moga-moga dimudahkan Tuhan dalam usaha kita mengumpul amal untuk kita kembali ke sana. InsyaAllah.


...........................


Kisah dulu. (Klik Sini : Perjalanan Menuju Jordan~)

Hampir setahun Acik di perantauan tanpa pernah sekalipun lagi Acik pulang ke tanah air, pasti banyak asam garam dan pahit manis yang Acik tempuhi di sana, kan? 
Ana pasti setiap perkara itu akan ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku. 

Percayalah~ J

Acik kuat kan?
Kami di sini selalu dan senantiasa mendoakan Acik dan sahabat-sahabat di sana. 
Moga tiap urusan dimudahkan Allah dan dikuatkan hati, dicekalkan jiwa dalam menghadapi mehnah duniawi. Nehh3 ^^


Ni ada sikit halwa mata, pengubat rindu Acik di Jordan nuhh. 

Tapi. Tapii.. Tapiii... Pergi ambik tisu dulu terr.. 
Jangan ‘banjir’ kuat sangat b. Hhihi.. **Gurau ja baby. Saja nak mengusik sket :P

 Umi-Abah-Along-Angah-Acik-Adik

I'll waiting for you, dear :)

Rindu tak? Hhihi

Memoir ni paling menang sebab ... 
**Penuh ekspresi :'(

 Ummi dan Mak (Nenek)
-Setiap kali bercakap telefon dengan Acik, mak pasti akan mengalirkan air mata kerinduan :')

Irah-Acik-MakDe-Tok-Sumah-Hariz

Ummi Abah
Rinduuuu kannnn~~

Acik bersama Irah~

Atuk Bak & Nenek Mak :')

Dah. Dahh.. Dahhh... No more tears :P

....................

“Acik, akak mintak maaf salah silap akak pada Acik. 
Yang mana ada tersilap bicara, terkasar perbuatan, 
terguriskan hati Acik dan apa-apa je laa eyh. 

I’m miss you. We miss you. 
Ingat eyh date tahun ni. Akhir bulan Ogos kann?? Hhehe. 
Moga selamat sampai ke sini, bumi ibu pertiwi Malaysia. 
InsyaAllah.

Kirim salam ‘Assalamualaikum’ pada sahabat-sahabat di sana. 
Fii hifziLlah. 
Moga berada di bawah lindungan dan jagaan Allah senantiasa.


Salam eidulfitri.
Kullu sanah wa antum bi kheir.
InsyaAllah.
Uhibbuki fiLlah ila Jannah, dear. “


Wallahua’lam. Salam rindu daripada kami, keluarga di  negeri Terengganu Darul Iman~

Thursday 17 July 2014

Analogi Kehidupan~

BismiLlahirRahmanirRahim~


Cerita semalam :


Aku duduk di hadapan Kak Sarah.
Dia sibuk membelek belek kasutnya yang hampir kopak.
Dia sayang.

"Tengok kasut aku ni. Bertahun aku pakai. Hari ni pulak dia nak kopak. Haih."

Kak Sarah mengeluh.
"Belilah baru, akak. Dah sampai masa lah tu minta ditukar baru."

"Hah. Bertahun kasut ni jadi saksi perjalanan aku dengan tuhan di atas muka bumi.
Janganlah mati."

"Lagi niat dalam hati perlu sentiasa diperbaharui. Inikan kasut yang ada had hidupnya. Lagipun sekarang musim hujan, akak. Nanti basah stoking akak nanti. "

Kak Sarah diam. Lama dia tenung kasutnya. Sesekali dia cuba menekan bahagian depan kasutnya yang kopak. Dengan harapan, yang terbuka dan ternganga boleh bercantum semula.

Lama.
Lama, dia diam.

"Kasut kopak. Hujan dan stoking basah. Sama macam kita."

Kak Sarah kembali berbicara. Aku seakan tahu analoginya nanti.

"Apa, kak?"

Aku pura-pura tanya. Ingin dengar suara dari mulutnya.

"Kejarlah dunia sejauh mana. Berlarilah di muka bumi sederas angin, lama kelamaan kau akan penat. Hati kau akan kopak. Stoking basah, cuma kaki kau bisa rasa. Hati kau penat lelah, cuma kau bisa telan. Cuma kau. Tapi, bukankah dunia dicipta untuk berpenat lelah? Syurga tempat rehat."

Kak Sarah diam lagi. Dia kembali membelek kasutnya. Sayang sungguh.

"Stoking kau basah. Lalu kau perah ke tanah, dengan harapan sang bumi akan menelan dan stoking kau bertukar kering.

Sama.
Lelah dan penat, ke mana kau luah?

Pada Tuhan, bukan?
Dengan harapan Tuhan akan pegang susah mu dan berikan bahagia. Dan hati tak lagi penat."

"Kak Sarah..."

Lama aku berhenti seketika. Ibarat tak terluah kata.
Kenapa kata-kata Kak Sarah kena pada aku?
Apa ini jawapan Tuhan untuk segala air mataku?

"Ingat, kita hidup bukan untuk susahkan hidup orang lain. 
Jangan bebankan hidup orang dengan masalah kita.
Kita ada tuhan.
Bertahan."

Tuhan,
Kata-kata Kak Sarah.

Benar.

Seharusnya untuk segala penat lelah, selayaknya Allah tempat pertama untuk meluah.
Bukan manusia.

"Terima kasih, Kak Sarah."

Aku senyum pada Kak Sarah. 
Dia membalas senyumanku biasa. 
Masih risaukan kasutnya barangkali.

"Buat apa risau kasut kopak, gam kan ada. Usah ganti baru.
Baiki saja. Nanti Kak Sarah boleh pakai semula."

Kak Sarah berhenti membelek kasutnya.
Dia senyum lebar.

"Dah lama tiada orang beri aku harapan, bahawa Tuhan itu ada. 
Thanks."

Dan Kak Sarah bangun meninggalkan aku.
Berjalan dengan kasut kopak, menuju kedai runcit di hadapan kami.

"Sama sama, Kak Sarah."



Dan aku perlu jadi seteguh kasut itu.
Kopaklah jika ingin kopak,
Kerna itu fitrah karma.

Tapi jangan lupa,
Perjalanan perlu diteruskan.
Soalnya, bertahan!.

........

"Ingat, kita hidup bukan untuk susahkan hidup orang lain. 
Jangan bebankan hidup orang dengan masalah kita.

Kita ada tuhan.
Bertahan."

||Tinta Ukhti Sherry Shahirah||


"Kerana Allah tahu kita mampu. 
Maka kita diuji. 
Bertahanlah.
Allah itu Maha Adil.
Takkan pernah Dia sia-siakan hamba-Nya"


Sama-sama kita fikirkan.

Dunia - Tempat Berpenat.
Syurga - Tempat Berehat.

Wallahua'lam. TabarakaLlahu 'alaina :)

Resepi : Pavlova~

BismiLlahirRahmanirRahim~

Ehem..Okey..Kali ni, ana nak kongsi resepi PAVLOVA pulak dengan teman pembaca.
Dessert ni ana tak kenal pun mula-mula, tapi adik ana yang Acik tu la yang memperkenalkannya kat rumah.
Daaan.. Si abang sulong terus jatuh hati pada dessert ni.
Kalau kami dua-dua sama bercuti di rumah, mulalah dia merengek-rengek nak makan itu ini.
Hee..Demi keluarga, apa-apa saja boleh, kannn (^_^)

Pavlova Baked By Izzatul Athirah (Acik)~

Bahan-bahan :
·         4 biji putih telur
·         ½  cawan gula kastor
·         1 sudu besar tepung jagung
·         1 sudu teh cuka makan
·         1 sudu teh esen vanila

Bahan-bahan Topping :
-            ½ cawan whipping cream
-            ¼ cawan gula aising

Cara-cara :
1.         Panaskan oven 150ᵒC selama 15 minit.
2.         Pukul 4 biji putih telur sehingga kembang dan berbuih-buih.
3.         Masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul sehingga putih berkilat. (Kalau ditebalikan bekas adunan, adunan meringue ini tidak akan jatuh)
4.         Masukkan tepung jagung + cuka + esen vanila. Kacau laju-laju dengan menggunakan spatula.
5.         Letakkan adunan di atas baking paper yang diletakkan atas loyang.

Meringue sebelum dibakar~

6.         Bakar selama 1 - 1¼ jam.
7.         Apabila masak, jangan keluarkan lagi loyang dan sejukkan dalam oven dengan membiarkan pintu oven terbuka.

Meringue selepas dibakar~

8.         Untuk topping, pukul whipping cream + gula aising sehingga kental.
9.         Kemudian, sapukan whipping cream yang telah dipukul di atas meringue.
10.     Untuk hiasan, tabur / susun buah mengikut kreativiti masing-masing dan sejukkan ke dalam peti sejuk.

 Pertama kali cuba buat ni..Hhehe..

Umphhh~ Selamat Mencuba <3

Wednesday 9 July 2014

Resepi : Oreo Cheese Cake~

BismiLlahirRahmanirRahim~



Cheese Cake. Ada suatu masa tu cheese cake sangat laku di pasaran. Hee.
Kali ni, ana cuba buat OREO CHEESE CAKE yang ana rujuk resepinya di sini.
Terima kasih tuan tanah blog Cahaya Cinta Ku ^^

---------------------


Bahan-bahan :
Base:-
·         30 keping biskut oreo (buang cream tengahnya) – kisar halus
·         ¼ cawan butter – cairkan

Filling :-
·           500 gm cream cheese
·           ½ cawan gula halus
·           ½ sudu teh esen vanilla
·           ½ cawan sour cream / yogurt asli
·           2 biji telur (buang tali pusatnya)
·           1 cawan biskut oreo yang dicincang halus



Cara Menyediakan :

Base :-
Gaulkan biskut oreo kisar dengan butter cair sehingga sebati. Tekan dalam loyang yang telah digris dan dialas. Cucuk-cucuk base dengan garpu untuk memastikannya tidak melekat pada base loyang apabila masak kelak. Pre-heat oven pada suhu 180ᵒC.


Filling :-
1.         Pukul cream cheese, gula dan esen vanila dengan kelajuan sederhana sehingga sebati.
2.         Masukkan sour cream / natural yoghurt dan pukul sebati.
3.         Seterusnya, masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati.
4.         Kemudian, masukkan biskut oreo yang dicincang halus tadi, kaup balikkan hingga rata.
5.         Bakar secara “steam bake” dengan suhu 170ᵒC (letak loyang adunan dalam tray oven yang diisi air panas) dengan menggunakan api atas bawah dan letakkan loyang pada rak yang paling bawah dalam oven.
6.         Selepas  45 minit, gunakan api bawah sahaja dan permukaan atas loyang ditutup dengan aluminium foil untuk mengelakkan permukaan kek terlebih kuning.
7.         Bakar lagi kek dalam masa 15 minit.
8.         Apabila dah masak, jangan keluarkan terus loyang. Biarkan dahulu loyang dalam oven dalam keadaan pintu oven dibuka sedikit selama setengah jam.
(Tips : Petua untuk mengelakkan kek menjadi mendap / mengecut secara tiba-tiba)

9.         Sejukkan sekurang-kurangnya selama 4 jam / semalam.
10.      Hiaskan dengan jem kegemaran / buah-buahan (peach- strawberry) / biskut mengikut citarasa masing-masing.

**Tips : Petua setiap kali nak potong cheese cake, sila celup pisau ke dalam air panas dahulu, baru potong kek nehh J

Marvelous~
Selamat Mencuba <3