BismiLlahirRahmanirRahim~

Tuesday 29 April 2014

Nostalgia USIM~!!

Ana mulakan coretan ini dengan nama-Mu, Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Menyingkap kisah pada bulan Mei dua tahun lalu, pertama kali ana menjejakkan kaki ke Universiti Sains Islam Malaysia dalam pengajian Tamhidi Pergigian. Masih ingat ana pada Kolej Kediaman Nilam Court (KKNC) di mana ana ditempatkan di bangunan blok E, tingkat 2, rumah nombor 8 dan bilik nombor 2 (E2-8-2). Dalam rumah ana ada 8 orang termasuk ana di mana kesemuanya dalam tamhidi yang sama.


.TasikDepanKKNC .KampusUsimTungguBas .PortDickson

Bilik pertama :
Amirah Bokti (Amy) – Kelantan
Nur Najihah Gan (Jie) – Terengganu
Nur Salimi Ismail (Lynn) – Kelantan
Siti Nur Anisah (Anis) – Terengganu

Bilik kedua :
Siti Fatimah Husaini (Imah) – Selangor
 (Imah pun dah masuk IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka sebulan selepas pendaftaran USIM)
Ana

Bilik ketiga :
Nur Najwa Athirah Elias (Najwa) – Kuala Lumpur (Asal Kelantan)
‘Izzah Hayati (Izzah) – Kelantan

Pada pagi hari kuliah, kita sama-sama bersiap dan beratur panjang menunggu bas. Di kampus, kita pergi bilik tutorial atau dewan kuliah dari pagi sampai petang. Hari Khamis, kita ada waktu makmal Biologi, Kimia dan Fizik. Kemudian balik rumah, sama-sama buat laporan makmal dan lukis semua keputusannya sambil bincang soalan tutorial. Semasa menunggu waktu maghrib, pasti ada yang pakat main tarik sejadah seseorang untuk menjadi imam. Hhehe. Sungguhhh!! Rindu saat itu...


SahabatfiLlah di kampus USIM :)

Pada hujung minggu, pagi sabtu atau ahad, kita pergi jogging keliling tasik depan KKNC dua-tiga kali. Kemudian, masa tengahari kita beli nasi dan lauk-pauk di gerai depan kolej dan makan berjemaah. Teringat juga waktu kita belajar sama-sama, yang mana soalan yang ana tak boleh buat, boleh rujuk pada sahabat-sahabat yang pakar dalam subjek tertentu.

Merakam Memori Di Kafe KKNC~

Malam sebelum kuliah ‘Science and Technology in al-Quran and as-Sunnah’, kita pakat belek kamus cari maksud esei bahasa Arab yang akan dipelajari esok hari sebab ustaz akan panggil dan sebut nama secara rawak untuk menterjemah bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu. Pernah juga satu kali kita keluar ke bandar, kita beli barang dan makan makan sama-sama di Giant dan KFC Nilai. Penuh satu troli kita membeli barang peribadi dan keperluan rumah. :D

Suatu hari selepas ana mendapat tawaran untuk masuk ke IPG, ada sahabat yang mengatakan, ‘Pasti Piya seronokkan nak masuk IPG.’ Zupp.. Satu hakikat yang pahit ditelan kerana untuk masuk ke IPG, pastilah ana perlu keluar daripada pengajian di USIM. Allahu~!! Ketahuilah sahabat-sahabatku, walaupun secara jasadnya ana dah keluar USIM, tapi antum semua tetap berada dalam hati dan ingatan ana. J
Pada malam terakhir di bumi USIM, kita ada buat ‘haflatu wida’’ (majlis perpisahan) dalam rumah kita. Sambil-sambil kita menjamu selera makan benjo, kita ada buat ucapan setiap orang dan akhir sekali ucapan ana. Masing-masing semasa bercakap pegang tisu...AllahuAllah :’(


Kelas Tutorial 3 Tamhidi Pergigian 2012/2013~

Walau ana hanya bersama kalian di sana cuma 7 minggu, tetapi ana rasa sangat rapat dan sedih yang teramat nak berpisah. Semasa mak saudara ana sudah sampai di KKNC untuk mengambil ana, ramai yang menghantar ana ke pintu pagar, antaranya 6 sahabat rumah, sahabat sekolah SHAMS, sahabat Terengganu dan sahabat kuliah. Tika bersalam kali terakhir, segala ucapan antum tak bisa ana balas sebab terlalu sebak. Sepanjang perjalanan dari Nilai ke Kuala Lumpur, mutiara jernih tidak berhenti mengalir membasahi pipi. Sakitnya. Peritnya perpisahan ini. AllahuRabbi~!!

Sahabat Yang Ana Sayangi Kerana Allah......

Ketahuilah, ana sangat menyayangi kalian. Merindui kalian. Moga ukhwah yang terjalin ini kekal mewangi hingga ke Syurga Ilahi nun di sana. Walau apa pun bidang yang kita ceburi kini, cintailah ia. Susah senang tiap perkara pasti akan ada hikmah di sebaliknya. Dan ia pasti yang TERBAIK untuk kita kerana DIA yang Maha Merancang. Walaupun pada awalnya kita turut merancang, akan tetapi DIAlah yang sebaik-baik perancang. Moga Allah membalas kebaikan yang antum lakukan dan ana berdoa agar Allah sentiasa memayungi sahabat-sahabat ana ini dengan rahmat dan kasih sayang-Nya.


Terharu~!! Terima kasih sahabat-sahabat <3

UHIBBUKUM FILLAH ABADAN ABADA SAHABAT.
FII HIFZILLAH.

Kad diberi tanda ingatan pada hari terakhir di USIM..

Muka belakang kad :)

Kreatif sahabat-sahabat ana ni \(^_^)/


JazakiLlahu khairan jazak J


Pertemuan yang diatur oleh Yang Maha Esa :)

Terjumpa di stesyen bas PUTRA setelah setahun tidak ketemu jasad.
.Amy .Izzah .Nas

Jumpa kak long Amy di Konvensyen Wanita Islam (KONWANIS) di Cyberjaya..

Semasa ralit melihat buku, tiba-tiba ada orang pegang tangan..
SubhanaLlah. Lynn~!!!
Terjumpa di Pesta Buku Antarabangsa KL @ PWTC..

**Tidak dapat ana ungkapkan setiap detik kenangan bersama kalian.
Biarlah ia hidup sebagai memori terindah**


Rakan-rakan kuliah Tamhidi Pergigian (^_^)

Wallahua’lam. Salam Mahabbah <3


Friday 11 April 2014

PBS Fasa I : Jatuh Cinta @ Perak

BismiLlahirRahmanirRahim~

**AnaSofea-RajaYong-CikguShima-WakSuraina**

Minggu Pengalaman Berdasarkan Sekolah (PBS) Fasa Pertama telah berjaya ana dan rakan-rakan menyelesaikannya di sekolah pilihan masing-masing. Untuk kali pertama ini, ana memilih untuk melaksanakannya bersama-sama dengan sahabat Raja Yong Zahariah dan Wak Suraina di SEKOLAH KEBANGSAAN RAJA MUDA MUSA (SKRMM) yang bertempat di Kuala Kangsar pada 31 Mac hingga 4 April yang lalu. Kedudukan sekolah ini sangat berhampiran dengan rumah Yong di kawasan perumahan dan setiap pagi abah Yong  yang menghantar kami ke sekolah dan pada waktu pulang sekolah, kami akan berjalan melalui jalan tepi sekolah bersama-sama murid-murid. 

**Didik diri agar menjadi guru yang berjiwa rapat dengan murid-murid**

 Merakam Kenangan :) 

 Buat Esaimen Sejarah @ PSS SKRMM

 Memantau Pembelajaran Di Luar Bilik Darjah (4 Hikmah)

 Cikgu Yong & Cikgu Sofea

Bersama Pelajar Tahun 2 :)

Usai Relief Kelas 3 Hikmah~

Pada hari pertama, kami telah melaporkan diri kepada Tuan Guru Besar di pejabat SKRMM dan kami diberi tempat duduk di bilik guru serta dibenarkan untuk menjalani PBS kami selama seminggu di sini. Semua guru, staff dan pelajar di sini sangat ramah dan menerima kehadiran kami dengan tangan yang terbuka. AlhamduliLlah. J Kemudian, kami telah masuk ke kelas 4 Hikmah yang di ajar oleh Cikgu Hussin untuk mata pelajaran SEJARAH. Mula-mula kami masuk, Cikgu Hussin memperkenalkan kami bertiga sebagai ORANG PAKAR SEJARAH kepada anak muridnya.. *GULP* Telan air liur kami kerana ‘title’ tu terlalu tinggi buat masa ini. Apa-apa pun, kami mengaminkannya kerana itu kata-kata tu kan DOA :D

Pada hari kedua, kami menjalankan sesi perbincangan dengan Guru Penolong Kanan Pentadbiran berkenaan prestasi akademik di SKRMM selama satu jam. Pada awalnya kami agak berdebar kerana gusar takutkan suasana perbincangan akan *krikk2*..Hhehe.. Tapi alhamduliLlah,  respon yang kami terima daripadanya agak baik. Kemudian kami pergi melawat kelas Pra-Sekolah dengan masuk kelas Prasekolah Cerdas. Sungguh~! Anak-anak kecil tu sungguh aktif dan pandai. Semoga mereka membesar dan  menjadi pelajar yang soleh-solehah ya J

Pada hari ketiga pula, kami telah mengadakan sesi perbincangan dengan guru kaunseling SKRMM tentang isu disiplin di sekolah tersebut. Keseluruhannya tiada kes disiplin yang berat yang dilakukan oleh pelajar di sana. Seterusnya, kami telah melawat dan masuk ke dalam Pusat Sumber SKRMM (PSS) serta kami sempat menggunakan sedikit masa kami untuk membuat tugasan Pensejarahan Sejarah kami di sana. Keadaan PSS-nya agak baik dengan lambakan buku di rak-rak yang tersusun rapi, namun terdapat banyak juga buku diletakkan di atas lantai belakang bilik tersebut kerana untuk penyusunan semula mengikut kategori buku. Kemudian, kami berkesempatan untuk masuk ke kelas 3 Harmoni untuk melihat Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu yang diajar oleh Cikgu Izwan. PdP nya banyak memberi kami ilmu baharu dalam segi cara mengajar di dalam kelas dan juga cara untuk mengawal kelas sepanjang sesi PdP berlangsung.

Pada hari keempat, kami mengikuti kelas Pendidikan Jasmani yang diajar oleh Cikgu Suliza untuk kelas 4 Hikmah. Pada sesi pembelajaran tersebut, kami diberi peluang untuk mengajar pelajar lelaki bermain bola baling, di samping pelajar perempuan diajar oleh Cikgu Suliza. Ketika kami di padang, kami didatangi oleh Che Mat iaitu kerani sekolah dengan sekeping surat cinta setiap seorang. Ehh.. Surat relief kelas la..hhehe J
Kami masuk menggantikan guru yang tidak hadir ke sekolah pada hari tersebut untuk memasuki kelas 3 Hikmah untuk subjek Muzik dan juga 4 Hikmah untuk subjek Matematik dan Bahasa Inggeris. Aktiviti kami ialah pertamanya memperkenalkan diri kami, pelajar memperkenalkan diri serta cita-cita mereka dan seterusnya membuat senaman Si Tommy. Sambutan yang kami dapat daripada mereka sangat menggalakkan dan mereka ternyata seronok dengan aktiviti tersebut. Kami juga berpeluang membimbing kelas 4 Hikmah membuat soalan matematik yang dipesan oleh guru mereka. *Rindu Maths*

Hari kelima. Hari Jumaat barakah. Hari terakhir kami di sekolah SKRMM. Pagi Jumaat merupakan pagi perhimpunan rasmi sekolah tersebut dan kami dijemput untuk turut berada di saf guru-guru sekolah. Yong, sebagai wakil kami sempat menyampaikan ucapan penghargaan terima kasih dan ucapan maaf daripada kami sepanjang kami berada di SKRMM ini dan diakhiri dengan pemberian sedikit cenderamata kami kepada sekolah yang disampaikan oleh Suraina kepada Tuan Guru Besar dan ana berperanan sebagai tukang ambil gambar.. *Klikk2*


Antara Memori di SKRMM :

 Kawasan Sekolah SKRMM

 Anak-anak Prasekolah Kelas Cerdas :)

 Pemantauan di Persatuan Pengakap oleh Cikgu Yong :)

 Cikgu Suraina memantau di hadapan~

 Membimbing pelajar menyalin nota daripada guru penasihat Pengakap~

 Kelas PJ 4 Hikmah - Bola Baling~!

 Surat Cinta Biru -RELIEF~!

 Perhatian yang penuh diberikan kepada guru pelatih (y)
**BAGUS-BAGUS-BAGUS**

 Kawalan kelas yang baik (y)

 Banyak soalan yang diajukan oleh budak berdua ni~!

 Pelajar yang bercita-cita menjadi penceramah bebas - Bahyah (Pakai Spekmata)

 Aktiviti Senaman Si Tommy :)

 Kursus Kepimpinan Pengawas SKRMM~

 Perhimpunan Rasmi Jumaat~

 Bangunan Program Pendidikan Khas Integrasi SKRMM :)

 THANK YOU, TEACHER~!!

Hadiah untuk 3 Hikmah dan 4 Hikmah :D

 Pelajar 3 Hikmah :) 

 Pelajar 4 Hikmah :)

 Yong membuat draf ucapan penghargaan (y)
Baju Suraina sedondon dengan PK HEM di depannya..hhihi..

 Pasukan Hoki SKRMM Hebatt!!
TAHNIAH~

 Cikgu Yong membuat ucapan :)

 Cikgu Suraina memberikan cenderamata kepada Guru Besar :)

AlhamduliLlah thumma alhamduliLlah. Bersyukur kami ke hadrat Ilahi kerana dapat kami menyelesaikan PBS kami dengan lancar. Semoga kita semua berada di bawah jagaan Allah Rabbul ‘Izzati sentiasa. InsyaAllah. 

**Terima Kasih Yong..Terima Kasih Suraina**

Wallahua’lam. Salam Mahabbah <3