BismiLlahirRahmanirRahim~

Saturday 15 December 2012

pErJaLaNaN mEnUjU UIA ^^




Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih ana mulakan coretan pada kali ini.

Pada tanggal 14 Disember, keluarga ana yang terdiri daripada ummi, abah, angah, acik dan adik telah berangkat menuju ke UIA untuk melawat abang kesayangan kami semua iaitu along, di bumi Kuantan.

Ketika jam menunjukkan pukul 11 pagi, kami mulakan perjalanan dengan doa agar selamat sampai ke destinasi. Abah yang memandu kereta dengan tenang melalui jalan lebuh raya baharu.

Setelah perjalanan kami mengambil masa sekitar 4 jam, kawasan hostel Tabari UIA telah kami lewati. Tidak lama kemudian, along mengajak kami ke Pantai Teluk Cempedak untuk rehlah bersama. Awal pagi tadi umi telah memasak rendang ayam untuk dijamu bersama.

Pada waktu itu, kami bertukar-tukar cerita sambil menjamu selera. Kata ummi, ‘kedatangan kami ni nak tengok along. Di samping tu, boleh semua berkumpul bersama-sama.  Untuk meraikan adik yang sangat merindui along.’

*tambahan pula, waktu cuti semester ana akan berakhir pada akhir bulan ni. Manakala cuti along pula bermula 9 Januari. Maka, jelaslah ana tidak sempat untuk meluangkan masa bersamanya.*

Setelah hampir 2 jam kami ber’rehlah’ di pantai, kami pun menaiki kereta kembali. Destinasi kami yang seterusnya adalah Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIA. Usai menunaikan solat, kami melawat kawasan UIA sehinggakan acik semakin teruja untuk belajar di sini.

Akhir sekali, kami menghantar along kembali ke hostelnya. Suasana menjadi sayu apabila saat-saat berpisah menjelma. Terasa jam berdetik pantas ketika kami bersama along. Tambahan pula ketika itu kaki kiri along terseliuh dan suhu badannya yang agak tinggi. Umi abah menitipkan pesan dan nasihat untuk along terus bersemangat dalam menuntut ilmu dan ucapan ‘bittaufeeq wannajah’ daripada kami untuk menghadapi peperiksaan yang akan menjelang pada akhir bulan ini. Along juga sempat meninggalkan pesan agar turut sama-sama berdoa untuknya supaya diberikan kekuatan daripada Yang Maha Esa.

-------------------------------------------

Pesanan untuk along daripada kami :
-       Belajar molek-molek deh, sentiasa tajdid niat menuntut ilmu liLlahi Ta’ala
-       Jaga solat, iman, hati & berdampinglah dengan Al-Qur’an sokmo
-       Jaga diri & kesihatan (jaga waktu makan)
-       Jawab imtihan dengan sehabis baik J

^adik-adikmu bersyukur & bangga mempunyai abang sepertimu yang banyak memberi teladan serta mengajar kami erti kehidupan^

------------------------------------------------

#dikepilkan juga antara ragam yang terakam =)


 - tangan hulur pinggan pada ummi, tapi sempat lagi pusing & senyum :D



<3 ummi & abah <3



-suka sangat adik main pasir :P



-acik sedang memikirkan antara IRELAND / JORDAN / UIA =_="



-along + acik + adik :')



-kemesraan terpancar antara dua beradik ni :)



-sempat lagi bergambar di Masid UIA ^^


 -----------------------------------------------------------------------


*beruntung along dapat belajar kat UIA :)

^BEST^

-ilalliqa' wa ma'assalamah-

~wassalam~





Wednesday 5 December 2012

sUaMi AkU uStAz ^^


>> BINGKISAN NOVEL “SUAMI AKU USTAZ” <<



Usai solat Zohor, ana ternampak akan beberapa buah buku baharu yang belum ana lihat di rak buku. Ana terus menilik akan tajuk-tajuk buku yang terdapat di situ dan pandangan mata ana berhenti pada saat menatap sebuah novel yang bertajuk “SUAMI AKU USTAZ” karya oleh Hannah Dhaniyah. Hehehee ^^ Ana pun ambil novel tersebut dan membelek muka depan yang tercatat (24 Mei 2012,KL). Ouhh. Adikku yang membeli novel ini setelah menghantarku ke pendaftaran tamhidi USIM, Nilai pada 23 Mei 2012. Di sini ana nak kongsi beberapa input yang ana dapat semasa membaca novel ni.

*bak kata ummi, nak baca novel boleh, tapi kena pandai pilih yang mana baik untuk kita 
ambil ‘ibrah daripadanya agar pembacaan kita tu tidaklah hanya sia-sia sahaja* ^^

-----------------------------------------------------------------

= BAITUL MUSLIM =


“Bila bercakap tentang baitul Muslim sebenarnya tak semestinya tentang perkahwinan, percintaan atau apa pun yang kamu semua fikirkan. Baitul itu maknanya rumah dan Muslim itu pula mereka yang mengucap dua kalimah syahadah ataupun orang Islam. Jadi, baitul Muslim pun boleh dimaksudkan dengan keluarga Islam.”

“Pembentukan keluarga Islam itu bermula daripada individu itu sendiri. Sebab itu saya katakan tadi, bermula dari sekarang kamu dah boleh prepare untuk mendirikan baitul Muslim. Didik diri sendiri untuk menjadi yang soleh dan solehah, barulah mencari yang solehah dan soleh untuk menjadi pasangan kita.”

“Daripada individu yang hebat, pasangan yang hebat, barulah boleh melahirkan generasi yang hebat juga. Baitul Muslim bukan hanya untuk pembinaan keluarga, tetapi ia juga untuk membina ummah.”

“Jadi, perkahwinan ataupun baitul Muslim ni  bukanlah perkara kecil sebab ia melibatkan pembinaan ummah. Ia perkara besar yang sepatutnya kamu boleh berfikir mulai sekarang. Untuk agama kita.”

“Apa-apa pun, memandangkan kamu semua belum berkahwin, jadi  tak semestinya  hanya selepas kahwin baru boleh membina baitul Muslim. Jangan lupa yang kamu masih ada keluarga dekat rumah. Keluarga kamu itulah kamu kena terapkan ajaran dan nilai-nilai Islam. Sebabnya, kita hendaklah menyelamatkan diri kita dan ahli keluarga kita daripada api neraka.”

~Ustaz Muhammad Nur Hafiz~


----------------------------------------------------------------
= SEJARAH ISLAM =

“Bila datang Kundasang War Memorial, ana teringatkan sejarah kita. Sejarah Islam. Lisa bayangkan, seramai tiga ratus nak lawan seribu yang tiga ganda besar bilangan dia, mungkin kita rasa mustahilkan?”

“Tapi disebabkan keyakinan orang Islam terhadap Allah, disebabkan kecintaan mereka kepada Allah, mereka tak kisah pun masa Nabi ajak berperang. Sebab mereka yakin dengan Allah. Kalau mereka mati pun, mereka syahid di jalan Allah, mereka mati pun, mereka dapat berjumpa dengna kekasih mereka, iaitu Allah.”

“Lisa tahu, kalaulah mereka yang tiga ratus tiga belas ni tak sanggup nak berperang, kalau Allah membuatkan mereka kalah dan mati, kita tak merasa agama Allah ni sekarang. Besar pengorbanan orang yang awal-awal menganut Islam ni. Sudahlah nak berubah daripada adat kebiasaan mereka sebagai jahiliah tu susah, kena pulak berperang dalam keadaan tak mempunyai apa-apa. Yang mereka ada hanya Allah, cintakan Rasul, Allah pun akan cintakan mereka dan beri kemenangan kepada mereka.”

~Akh Hafiz~

-----------------------------------------------------------------

= Apa beza antara ‘Islam’ dan ‘islam’? =

“Islam yang ‘I’ besar tu, hanyalah pada nama. Kita seorang Islam. Ya, betul tapi belum tentu kita ni seorang Muslim. Kiranya, ‘I’ besar untuk orang Islam hanya di dalam IC dan ‘i’ kecil orang yang betul-betul cuba menghayati cara hidup Islam.”

----------------------------------------------------------------------

= INI SEJARAH KITA =

“Islam bermula masa Nabi Muhammad mendapat wahyu, Lisa. Selepas itu, Islam berkembang sedikit demi sedikit. Daripada dakwah secara rahsia, sehinggalah secara terang-terangan. Sampai pada suatu hari ni, Musyrikin Mekah memerangi umat islam dalam Perang Badar.”

“Masa tu, hanya ada tiga ratus tiga belas umat islam je. Yang menariknya, mereka ini baru saja menganut agama Allah. Tapi disebabkan Rasulullah berjaya mendidik hati mereka dengan mencintai Allah, mereka sanggup berjuang walaupun tak mempunyai apa-apa.”

“Kalau ditakdirkan Islam kalah dalam  Perang Badar, tak ada lagi umat yang akan menyebarkan Islam. Tapi perancangan Allah ni cantik. Semakin lama, umat Islam semakin bertambah. Sehinggalah Rasulullah s.a.w. berjaya membina sebuah negara Islam di Madinah. Betapa hebatnya Rasulullah yang tidak tahu membaca dan menulis, berjaya menjadi pemimpin, bukan? Jadi terbuktilah al-Quran itu adalah daripada Allah, bukan ciptaan Rasulullah.”

“Selepas itu, Rasulullah s.a.w. wafat. Naik pula empat orang sahabat baginda meneruskan penyebaran agama Islam. Umat Islam masa zaman ni, hati mereka dipenuhi dengan nama Allah je. Buat apa-apa semuanya kerana Allah. Makin lama, Islam makin berkembang. Sehinggalah terciptanya tamadun Islam di dunia. Masa Islam berkembang naik ni Lisa, orang Barat masa tu mengalami zaman kegelapan. Macam zaman jahiliahlah...”

“Masa kerajaan Abasiyah, umat Islam terlalu hebat. Masa inilah ramai cendekiawan Islam yang terulung muncul. Orang Barat pula mula berjinak-jinak dengan ilmu apabila melihat umat Islam naik. Bayangkan, Rasulullah s.a.w. yang hanya duduk di padang pasir, berjaya menyebarkan Islam sehinggalah terbentuk sebuah tamadun. Tapi dia orang lupa. Apabila dah kecapi kekayaan, dah dapat macam-macam nikmat, mereka makin jauh dari Allah. Sebab itulah Allah uji mereka. Akhirnya, tamadun yang terbentuk bermula dengan dakwah Rasulullah s.a.w. musnah disebabkan serangan orang Monggol. Sehinggalah muncul seorang pemimpinyang hebat iaitu, Sultan Muhammad Al-Fateh. Masa itu, baru Islam naik sikit.”

“Bayangkan Lisa... masa zaman Nabi lagi, Nabi dah bercerita kepada sahabat-sahabat baginda tentang kemunculan pemimpin yang hebat ini. Rajanya adalah sebaik-baik tentera. Lisa tahu macam mana orangnya Sultan Muhammad Al-Fateh ni?”

“Beliau seorang yang sangat hebat dan sangat cintakan Allah. Buktinya, masa dia nak menaikkan semangat tenteranya, dia cakap, siapa yang mahukan syahid, ikut dia. Dan lagi satu yang menariknya, selepas dia berjaya tawan Istanbul, semua orang tidak tahu siapa yang nak jadi imam. Sehinggalah dia bertanya dan menyuruh askar-askar dia yang tidak pernah meninggalkan solat fardhu selepas baligh, duduk. Tak ada seorang pun yang duduk, Lisa. Sebab itulah askar-askar dia adalah sebaik-baik askar. Apabila ditanya siapa yang tidak pernah tinggal solat rawatib, baru separuh yang duduk. Apabila ditanya siapa yang tak pernah tinggal solat malam, semua orang duduk kecuali dia, Sultan Muhammad Al-Fateh. Orang yang sangat hebat!”

“Zaman sekarang ni, kita dah jatuh sebab kita jauh dari Allah. Allah sendiri dah beritahu dalam al-Quran, siapa yang membantu agama Allah, Allah membantu dia balik. Kiranya, tamadun Barat yang sedang berkembang ni sebenarnya bermula selepas tamadun kita jatuh. Ilmu-ilmu yang berkembang sekarang, dicedok daripada buku-buku cendekiawan Islam. Kita tak rasa sayang dengan tamadun kita, sebab itulah kita buat tak tahu dan orang sekarang jarang berusaha untuk mengubah nasib Islam. Jadi, kita yang tahu, kongsi-kongsilah apa yang kita tahu kepada yang belum tahu.”

-----------------------------------------------------------------------

= DOA NABI MUSA =


“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu cinta-Mu dan cinta orang-orang yang mencintai-Mu dan aku memohon kepada-Mu perbuatan yang dapat menghantarku kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin.”
>> Ameen Ya Rabbal ‘Alamin<<

***********

Wallahua’alam..mana yang baik, dijadikan teladan..mana yang buruk, dijadikan sempadan..sesungguhnya yang baik  itu datangnya daripada ‘Yang Maha Pencipta’..manakala yang buruk itu datangnya daripada ‘yang dicipta’..hakikatnya semua yang berlaku adalah daripada-Nya..
Semoga kita semua mendapat BARAKAH dan MAGHFIRAH-NYA ^^ insyaAllah

<3 Wassalam + salam sayang dariku <3

May ALLAH Bless Us Fiddunya Wal Aakhirah J